Sunday 13 October 2013

Speak to Win (malay version)

        Pada era modeniasasi dan globalisasi ini, keperabadian seseorang individu itu bergantung kepada personaliti yang dipamerkan. Selain perkara tersebut, percakapan juga perkara yang paling berpengaruh dalam membina keperabadian yang mantap. Orang-orang tua dahulu sering kali menitik berat kan tentang hal ini namun perkara ini hanya dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Antara faktor kemajuan negara kita pada masa kini ialah aktiviti jual beli yang semakin pesat yang mempunyai pelbagai jenis cabang. 

        Jual beli biasanya bermula dari syarikat-syarikat yang memasarkan produk yang telah dicipta dengan membuat suatu persetujuan kontrak dengan syarikat yang mampu membantu mereka memasarkan produk mereka. Syarikat-syarikat tersebut perlu mempunyai strategi yang berkesan untuk mencapai matlamat mereka terutama apabila bergabung dengan syarikat-syarikat yang lain. Dengan ada nya 'speaker' yang berpengalaman dan mempunyai skill yang hebat dapat memudahkan syarikat-syarikat lain memahami secara detail tentang maklumat-maklumat penting yang ingin disampaikan untuk mengambil perhatian syarikat-syarikat lain terutama semasa pembentangan. Hal ini akan menyebabkan syarikat tersebut akan lebih terbuka hati untuk menerima dan dapat memberi komitmen yang tinggi. 

        Selama bertahun-tahun, pakar terkemuka dunia, Brian Tracy, menyampaikan lebih daripada 4,000 pembentangan dan memberi konsultasi kepada lebih 5 juta orang di 46 buah negara. Keupayaan beliau menyampaikan ucapan yang memenangi hati audiens dan komunikasi lisan yang efektif dalam membentangkan idea membantu mengubah hidup dan kerjayanya. Kini, dalam Speak to Win, Brian Tracy menunjukkan cara menguasai seni berucap terhebat. Gunakannya bagi mencapai matlamat yang hampir mustahil mampu dicapai! 

       Ini bukan rahsia lagi! orang berjaya tahu apabila bijak bercakap dapat membantu kita meraih penghormatan, menjadi aset berharga syarikat, mendapat bisnes baru, dan membantu mendapat perhatian orang yang berpengaruh yang boleh membuka pintu penting kepada kehidupan dan kerjaya. Selain daripada itu, keupayaan berucap dengan yakin kepada sebarang saiz ataupun jenis audiens adalah kunci utama bagi mendaki tangga profesional.

      Di dalam Speak to Win, beliau memudahkan teknik yang boleh digunakan bagi membentang dengan penuh mantap dan bercakap penuh persuasif. Pembentangan itu sesuai dalam perjumpaan formal ataupun di hadapan kumpulan besar manusia. Anda akan belajar bagaimana: 


  • Tampil yakin, positif, dan tenang walau siapa pun audiens.
  • Raih perhatian audiens dari awal.
  • Menggunakan bahasa badan, prop, da teknik vokal supaya audiens tertarik.
  • Beralih topik dengan lancar.
  • Menggunakan jenaka, cerita, petikan dan soalan penuh skil.
  • Menguruskan audiens yang skeptik.
  • Menggulung dengan mantap dan jitu.

       Buku ini menjangkaui asas bercakap dan berucap yang membawa anda kepada rahsia terhebat supaya kelihatan hebat semasa membentang. Serta membenarkan anda bukan sahaja berkomunikasi dengan efektif, malah menguasai skil menukar minda audiens mengenai subjek subjek yang kritikal demi kejayaan anda. Buku ini mudah didapati di kedai-kedai buku seperti Popular, Smo dan lain-lain. Buku ini hanya berharga RM20.00. Rugikah anda dengan melaburkan RM20.00 untuk memantapkan keupayaan bercakap secara profesional ?

       Penulis berkongsi tentang maklumat ini adalah untuk kepentingan masyarakat kita sekarang ini. Semoga maklumat yang tak seberapa ini dapat membantu pembaca. INSYAALLAH !